So Cute!!

Rabu, 26 Mei 2010

Tips Jadikan Blog Menarik

uishh..title macam best je kan...sebenarnya tips itu adalah untuk aku sendiri.masuk ni sudah 360 kali aku create blog baru. Macam tipu je 360 kali. :-) lepas itu aku buang je blog tu.so untuk elak benda yang sama jadi lagi..berikut adalah langkah yang perlu diambil:

1. Elakkan dari menghantar post pertama yang bertajuk "Selamat datang ke Blog saya"...tajuk ini sungguh badi, sebab kesemua 360 blog aku yang dulu aku mulakan dengan menghantar post macam itu...kononnya hendak jadi macam buku programming. Korang perasan tak bila setiap kali belajar programming, dia akan start dengan ajar kita macam mana nak keluarkan output macam"Hello World"

2. Elakkan berangan dan bercita-cita hendak menulis apa yang diberangankan bila kelapangan..memang akan sentiasa rasa tak lapang



3. Pastikan Blog banyak gambar sebab tak de org yang nak baca aku merapu.So Cik Piko, sila pastikan cik Cann 350D awak sentiasa disisi....



En Manap, charger Cik Cann saya tertinggal dekat kampung, tolong pos kan boleh?



Bila nak bawak Cik Cann kena ada bag besar..uishh terpaksa pulak beli handbag baru yang diidamkan.



                                                 Ini ke bag yang diidamkan? uishh..



Alasan dekat En Azam, aku nak beli handbag besar sebab senang nak letak barang Delisya bila pergi travel, skarang nmpk macam dah tersasar je objektif aku... tapi ok apa, multipurpose skit bag tu nanti.. justifikasi pembelian handbag yang sungguh kukuh sehingga membuatkan En Azam sangup teman pergi the garden untuk tengok bag itu yang kesudahnya tak di beli pun. Sorry ye En Azam..nanti kita p One U ye..kat sana sure beli.


Okies, cukuplah intro yang panjang berjela..saya akan berjanji akan pastikan blog ini tak di biarkan meninggal dunia..hihi seperti rakan-rakan sejawatnya yang lain...



                                              p/s: Saya Suka Sin Chan.. Ada kena  mengena tak?


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Comment jom, baru semangat nak tulis blog!!