So Cute!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Keberkatan Rezeki

Gaji untuk bulan ni dah dapat, happy gila kan? tapi on the same time jugak, datanglah macam-macam yang menuntut komitmen yang memerlukan kita keluar duit. Akhirnya even gaji kita ok lah, tak besar sangat dan tak kecik sangat tapi still rasa tak cukupkan.

                  Tulah yang buat aku terfikir. kenapa gaji yang kita dapat selalu rasa tak cukup. dulu mak ayah kita gaji lagi kecik, tapi elok je. Anak-anak hidup mewah je. Duit simpanan pun ada. Even dulu aku pernah jugak bebual dengan seorang driver office aku , wife dia tak kerja tapi ok je. Cukup je gaji dia.

Rentetan ini, aku mula berfikir, dimana silapnya. Fikir-fikir punya fikir, mungkin ini ada kaitannya dengan keberkatan rezeki. Patutlah kita selalu ken adoa," Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau kurniakan kepada kami". Memang rezeki tu ada, tapi dia akan hilang dari jalan yang lain yang tanpa kita sedari. Sikit-sikit rezeki itu ditarik..

                 Contoh yang mungkin menyebabkan kurangnya keberkatan rezeki itu adalah....kuat mengsnake(a.k.a. ngulor), guna barang-barang office bukan tujuan kerja, mencuri (curi tulang, curi masa mengumpat hihi), hasad dengki..tak boleh tengok kawan-kawan berjaya dan lain-lain.

Moralnya, duduk dan fikirlah secara rasional dan jujur, adakah rezeki yang kita dapat ini akan diberkati atau tidak? Then carilah ikhtiar untuk mendapat rezeki yang diberkati.


Slamat beramal...

Rabu, 23 Jun 2010

Kalau Dulu...

Kalau dulu aku bujang
skarang aku dah bekeluarga
Kalau dulu balik kerja malas-malas pun tak pe
Skarang balik kerja dah ada dah list dalam kepala kerja dekat rumah yang kena settlekan

Kalau dulu hari-hari singgah kedai beli makanan time balik kerja
Skarang hari-hari fikir apa lauk nak masak time balik kerja
Kalau dulu balik kerja sure ada sesi lepak makan karipap dengan budak office
Skarang habis je kerja, sepat-cepat balik sebab ada date dengan Cik Piko yang tunggu dekat rumah

Kalau dulu ada sesi makan-makan rumah kawan, suka gila weiiiii...save budget plus boleh jalan-jalan
Skarang, kala ada sesi makan-makan kena fikir perlu tak pergi, kang delisya mengamuk dekat umah orang dah satu hal
Kalau dulu rasa nak balik kampung, kejap je packing then terus gerak JB> Kluang..sejam lebih je
Skarang nak balik kampung kena plan dulu... kalau tak kelam kabut jadinya

Kalau dulu time weekend akan tengok CD sampai pening kepala, nak-nak kalau cerita jepun ke korea
Skarang weekend jangankan CD, TV pun tengok sambil-sambil
Kalau dulu boleh buat apa -apa ikut suka
Skarang banyak perkara and hati nak kena jaga

Kalau dulu aku duduk sorang je
Skarang dah bertiga
kalau dulu "boring" tu dah macam teman setia
Skarang tak sempat nak boring sebab saya ada Encik sumai dan dak kecik yang sudi temankan saya :-)

Cutest Mama And Baby Contest

Wahai orang kampung dan rakyat jelata, jom join contest yang dianjurkan oleh Maribeli Handbag punye blog...

Macam mana nak sertai?? Ok..Klik dekat sini ye>>>>> SINI!!! hihi..

Excited pula nak join contest ini. almaklumlah first time..Thank you kepada NANA sebab sudi aja saya ye..

Gambar yang di pertaruhkan adalah >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

.
.
.

.
                                              Mama yang cun: Nor Azila Binti Manap
                                              Baby yang comey: Nin Delisya Balqis Binti Mohd Khairul Azam (5 bulan)

                                    Pic ini diambil masa dekat Terminal LCCT, tengah tungguh flight untuk pulang ke kampung en suami di Kota Bharu. First time bawa balik Delisya Balqis untuk di introduce kepada keluaga sebelah Kelantan. 

                                   Hope ada rezeki lah untuk contest kali ini ye Cik Penganjur...Thanks

Selasa, 15 Jun 2010

Perlu atau tidak kita makan sampi kenyang???

Ada orang cakap kita perlu makan untuk hidup...tapi kadang-kadang kita juga hidup untuk makan...wow weee!!
 .
.
.
.
.
.
Aku adalah orang yang suka makan, bila aku stress aku makan, bila happy pun aku makan, balik kampung aku makan, balik umah MIL aku pun aku makan....banyak betul aku makankan? gemuk???no hal..tu memang sejak azali..so tak perlu risau..

.
.
.
.
.
Back pada topik, perlu atau tidak kita makan sampai kenyang?

.
.
Jawapannya::::::::::::::::::::::::::: perlu sebab aku dah bayar RM20 untuk makan bueffet dekat Flaming..hihi...murah kan..untuk hantu-hantu seafood boleh lepak makan dekat sini...Best macam-macam ada, siput yang En Azam panggil siput babi pun ada...



Yang best, ada macam -macam jenis aiskrim ...boleh makan sampai muntah

Mashmallow celop cokelat (macam kelakar je spell macam ni) pun ade...yeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaa

cik piko pun tumpang sekaki...excited tgk orang makan, sampai senyum-senyum tengak cawan papa dia..

Khamis, 10 Jun 2010

Perlu tak saya ambil anak angkat???

Kata orang anak itu rezeki tuhan....
.
.
.
.
.
.

Kerana itu, aku amat bersyukur, kalau dulu aku berdua je dengan En Azam....skarang dah bertiga..

Tapi, baru-baru ni..tibe2 terfikir, apa kata ambil anak angkat seorang...so taklah Delisya Balqis Boring keseorangan....
.
.
.
.
.

Tapi perlu ke? Cik Piko kecik lagi, takkan dah ada adik angkat...ishhh...tensen lak kan..
.
.
.
..
.
.lepas fikir 2-3 bulan lamanya, kita orang decide................................tada: introducing our new family member >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Reen.


See below pic, Delisya tangah bergurau and bermain dengan Reen...

....



Reen, bendalah hijau atas Cik Piko



Comelkan Reen??? hihi

Bincang Sejenak Secara Dewasa: Talasemia

 Masa makan pagi tadi, rakan-rakan berbincang pasal penyakit talasemia, seperti yang dijanjikan, here we go: 


Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

Persatuan Talasemia Malaysia

Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.


P/s: Sumber adalah dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia

Rabu, 9 Jun 2010

Kadang kala kita perlu juga menjadi nurse..

 Tajuk panjang 7 ela..hihi..




      Lama dah aku tak update blog ni. Entry kali ini adalah berkenaan bagaimana menjadi nurse yang baik:

1. Sekirannya anda didatangi pesakit, sila check dulu apa yang sedang dialaminya.


2. Setelah dikenalpasti jenis sakit yang dialami, kini bolehlah dimulakan rawatan..Untuk kali ini, contoh yang diambil adalah pesakit yang terkena demam.





3. Pastikan anda mempunyai kool fever, koyak dan tampalkan didahi pesakit.







Benda alah ini boleh dipotong kecil, tapi atas dasar ke-excited-tan nurse dan papa pesakit, kami tampal je even sebesar alam je atas dahi..




4. Biarkan pesakit berehat...






5.Uishhh pesakit macam tgh hisap jari, ambil gambar lebih dekat untuk konfirmkan..


Oops i did it again!!

6. Berikan kata-kata nasihat, mungkin boleh memberi sedikit kesedaran kepada pesakit


Insaf sudah


7. sedikit bahan bacaan ataupun hiburan boleh diberi kepada pesakit bagi mengelakkan rasa bosan




                                                       rasa sikit ar buku ni

insyallah, pengambilan langkah-langkah diatas akan menjadikan anda calon pekerja cemerlang bulan ini..







Jumaat, 4 Jun 2010

Jom tafsir Mimpi

Pagi tadi on the way datang kerja, hot.fm ada bincang pasal tafsiran mimpi.
         Antara intipatinya, sesiapa yang pernah mimpi nampak budak, pegang atau menyusu, maksudnya...
.
.
.

.
.

Mungkin ada saka yang berhampiran kita..Kalau kita mimpi menyusukan...berkemungkinan saka itu telah pun berada dalam badan..


Tapi..............

Mimpi yang bermakna ikut time mimpi tu...bukannya mimpi tangah hari buta..

Mimpi yang mungkin  bermakna adalah bila :
                              Si Pemimpi tidur dalam keadaan berwudhu
                                  Baca 3 Qul  sebelum tidur
                                     Mimpi tu tengah malam, dalam area pukul 3.00 pagi
 


check it out yo....

Khamis, 3 Jun 2010

Apa akan jadi kalu aku ini orang seni..

Hari ini tiba-tiba aku terasa nak berseni...terasa kagum dengan hasil seni sendiri dan kemudian akan paksa kawan-kawan tengok ..tq Cik raudhah ye..haha.. enjoy Pic dekat bawah ni ye..



Itu sahaja.
p/s: handsome boy dekat atas itu, menantu saya..hihi