So Cute!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Keberkatan Rezeki

Gaji untuk bulan ni dah dapat, happy gila kan? tapi on the same time jugak, datanglah macam-macam yang menuntut komitmen yang memerlukan kita keluar duit. Akhirnya even gaji kita ok lah, tak besar sangat dan tak kecik sangat tapi still rasa tak cukupkan.

                  Tulah yang buat aku terfikir. kenapa gaji yang kita dapat selalu rasa tak cukup. dulu mak ayah kita gaji lagi kecik, tapi elok je. Anak-anak hidup mewah je. Duit simpanan pun ada. Even dulu aku pernah jugak bebual dengan seorang driver office aku , wife dia tak kerja tapi ok je. Cukup je gaji dia.

Rentetan ini, aku mula berfikir, dimana silapnya. Fikir-fikir punya fikir, mungkin ini ada kaitannya dengan keberkatan rezeki. Patutlah kita selalu ken adoa," Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau kurniakan kepada kami". Memang rezeki tu ada, tapi dia akan hilang dari jalan yang lain yang tanpa kita sedari. Sikit-sikit rezeki itu ditarik..

                 Contoh yang mungkin menyebabkan kurangnya keberkatan rezeki itu adalah....kuat mengsnake(a.k.a. ngulor), guna barang-barang office bukan tujuan kerja, mencuri (curi tulang, curi masa mengumpat hihi), hasad dengki..tak boleh tengok kawan-kawan berjaya dan lain-lain.

Moralnya, duduk dan fikirlah secara rasional dan jujur, adakah rezeki yang kita dapat ini akan diberkati atau tidak? Then carilah ikhtiar untuk mendapat rezeki yang diberkati.


Slamat beramal...

1 ulasan:

Comment jom, baru semangat nak tulis blog!!