***Di copy paste dari http://darwishndarwisya.blogspot.com...
Berkongsi Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak
Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:
1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu 1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. 1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu 1) Kacang Badam (Almond)
2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.
3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.
4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)
5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."
7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti
8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"
9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.
badam suam pada setiap hari.
**Banyak info yg dpt dr blog ni...kagum dgn blogger ni..tahniah diucapkan sebab berjaya didik anak2nya sehingga boleh menghafaz Quran pada usia muda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Comment jom, baru semangat nak tulis blog!!